Saturday, 25 June 2016

Ramadhan ... tanpa ayah


Tanggal December 2014 , ayah di jemput Allah , dan sekarang sudah masuk ramadhan ke 2 tanpa ayah. Ya Allah mudahkan lah ayahku , terimalah amalan dia , jadikanlah syurga sebagai ganjaran atas kebaikan dia di dunia. 







Penulis Surat Untuk Ayah

" Kehadapan anakku ..... , adapun isi surat itu , ayah faham dan peluk dan cium ayah dan emak ..moga ...sentiasa tabah... "

Aku adalah penulis surat untuk abang abang dan kakaku . Ayah akan memberi kata kata dia , dan biasanya mengambil masa 20 minit untuk siap.

Hanya ada satu pejabat pos di kodiang , dan di situlah surat itu akan di pos.







================== Sekarang semua itu menjadi kenangan =================

Sunday, 8 May 2016

Tempat Pengajian Ayah di Kodiang

Ayah belajar di Pondok Hutan Palas kodiang kedah. Belajar secara pondok di sana . Memasak sendiri dan juga mendapat kawan di sana.Antara ulama hebat di pondok ini adalah mufti kedah pada masa ini ditulis.

Pondok ini masih lagi aktif, ceramah , kelas dan juga aktiviti pembelajaran. InsyaAllah , aku akan ke sana dan mencari tempat yang sesuai di pondok tersebut.



Maklumat dari website Kedah.




Maktab ini lebih sinonim dengan panggilan Pondok Hutan Palas. Ditubuhkan pada 1947 iaitu 10 tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan. Pengasasnya, Allahyarham Tuan Guru Hj. Ahmad Othman atau Tok Guru Hj. Ahmad Keplu @ Hutan Palas. Hasil perbincangan dan tinjauan JZNK ke tapak lama mendapati pondok-pondok lama ini sudah usang dek ditelan zaman dan ada diantaranya sudah tidak boleh digunakan lagi. Justeru, JZNK telah mengambil pendekatan dengan memperuntukkan sejumlah wang zakat untuk membina penempatan warga tua yang baharu dilokasi yang sama.
Pusat penempatan ini telah dibina oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) bagi memberi bantuan perlindungan kepada warga tua. Kos pembinaan ini secara keseluruhannya berjumlah RM370,000 yang menempatkan seramai 20 orang warga tua. Pusat penempatan ini dibina dengan 20 unit rumah. Penghuni disini disediakan dengan pelbagai aktiviti seperti solat berjemaah, kuliah dan kelas agama.
Pusat penempatan warga tua ini telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Kedah pada 5 Mei 2003.
Allahyarham Tuan Guru Hj. Ahmad Othman atau Tok Guru Hj. Ahmad Keplu @ Hutan Palas sewaktu hidupnya merupakan pengarang kitab Jawi sekitar tahun 1950-an dan bekas Ahli Majlis Zakat Kedah. Ketika pondok ini dibuka, seramai 20 orang berdaftar sebagai pelajar. Sekarang jumlahnya mencecah 300 orang. Pondok ini terletak di Kampung Hutan Palas, Batu 2, Jalan Changloon, Kodiang dan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Mudir sekarang ialah Ustaz Datuk Paduka Sheikh Baderuddin yang juga Mufti Negeri Kedah ketika ini dan merupakan bekas pelajar Sekolah Agama Alawiyyah (Arau, Perlis); Qisnu Tafakkuh Fiddin (Kelantan); Nahdatul Ulama (Lucknow, India) dan Universiti Al-Azhar (Mesir).
Antara bekas pelajar pondok ini yang terkenal ialah Datuk Alim Panglima Mat Jahya Hussin (Mufti Negeri Perlis) dan Dr. Aziz Hanafi (Pensyarah Universiti Insaniah).

No Plate yang Meninggalkan Kenangan



1. KF 3401 ( Honda Cup 70)

Motor yang paling byk berjasa. Angkut padi dan etc.

2. KU 3090 ( Suzuki RC 80 )
Motor nie pernah di pinjamkan kepada abg di Kuala Lumpur.



3. KAA 4372 ( Suzuki RC 100)
Di pinjamkan kepada anak yang belajar di perak.



4. KAJ 4608 ( Honda Ex5)
Di pinjamkan kepada anak yang belajar di perak. Motor KAA 4372 di pulangkan kembali. Motor KAJ 4608 di gunakan sehingga anak lelaki tersebut berkahwin , selepas dia membeli motor panther jerung SUZUKI , motor di pulangkan kembali. Jangka masa motor tue berada di tangan anak tersebut , 2001 - 2005, Terima kasih .

Motor Ayah berwarna Hijau. 



Motor Gamma Yang betul berwarna Hijau




Wednesday, 4 May 2016

Cerita dari Emak #1

Emak selalu tarik abang sulung untuk kena air embun pagi pagi . Mengikut cakap emak , kaki abang sulung tak berapa kuat , jadi air embun tue tolong untuk nak perkuatkan kaki abang .


Cerita Ayah #1


Abang sulung dalam keluarga ( yang paling sulung adalah kakak , tapi meninggal pada usia lebih kurang 3 thn ) ,  diceritakan ayah sangat bijak dan kewangan ayah agak terhad pada masa tersebut. Pernah ayah menangis , berhenti di tepi jalan , sewaktu naik basikal , sebab tak ada kewangan yang kukuh untuk melanjutkan pelajaran abang ke peringkat yang tinggi. Abang sulung belajar di Maktab Mahmud dan kemudian pergi ke Sekolah Alawiyah Arau , Perlis ( Sekarang nie sekolah tue , yayasan Arau , perlis . Di arau pernah ada 2 sekolah yang nama Alawiyah. )

Abang pernah mendapat tawaran belajar di Azhar Mesir , tapi surat tawaran lambat dapat sebab rumah tidak ada peti surat. Peti surat di pida 9 , ada di letakkan dalam satu tempat tertentu saja. Jadi ada masanya surat lambat dapat , hilang dan ada juga di sembunyikan.


Nasihat Ayah #1


Pernah sewaktu membawa kereta , ada kemalangan berlaku di sebelah jalan. Saya melihat kereta tersebut dan cakap mungkin pemandu tue tak bawak betul betul . Ayah pesan kepada saya ," Jangan cakap dan pandang mcm tue , org yang kena tue , dia x mintak jadi macam tue , itu ujian Allah kepada dia " .

Begitu juga dengan org yang di landa ujian , dalam bentuk yang lain. Doakan dia dan pada masa yang sama bantu dia untuk dia berubah . Islam adalah agama yang mengamalkan sistem memaafkan adalah lebih baik. Zaman akhir ini , tidak akan ada manusia yang tidak berdosa dan jangan memandang org lain yang berdosa dgn pandangan yang hina. Pandangan tersebut adalah pandangan kepada diri sendiri jugak. Setiap dari kita tak lepas dari dosa.






Pemberian abang dan kakak

Kakak yang sulung pernah memberikan radio solar untuk aku . Sangat unik dan menarik. Gambar nie hanyalah hiasan saja. Bentuknya sgt kecil dan brand pun dah x ingat.


Ini pulak kasut paling mahal. Gambar nie x sama dgn yang betul. Waktu tue kalau x silap kasut di beli pada tahun 1994.



Benda Benda Asas Waktu Kecik Kecik Dulu


Zaman dulu tidak ada benda benda yang moden dan kemampuan mak ayah juga sgt terhad.

Ini seterika zaman dulu .


Pelita Minyak Tanah dan juga Gasolin . Ini untuk waktu malam , tak dak elekttrik.



TV Hitam Putih , Cerita yang masih ingat waktu tue Oshin , Thundercats , Silverhawk . Sebelum ada tv nie , abang abang pergi rumah jiran dan kena bayar duit dalam tabung rumah org yang ada tv tue. 



Ini pulak basikal . 






Tuesday, 3 May 2016

Kereta Ayah dulu dulu

Sebelum ayah berpindah ke pida 9 , di ceritakan kepada kami , ayah dan emak adalah pengusaha kantin di sekolah rendah kebangsaan batu 6 . Atas sebab sebab yang tak dapat di taip dkt sini , kereta ayah sekarang berada di thailand di sebabkan peristiwa adik beradik. Moga Allah merahmati semua org yg terlibat. Semua org mempunyai cerita cerita hitam dan putih dalam kehidupan masing masing. Syurga Allah luas untuk semua org. 





Honda C70 , motor yg byk berkhidmat


Ini antara kenderaan yg byk menabur bakti kepada kami sekeluarga di pida 9 dan juga sewaktu ayah masih lagi tinggal di kawasan batu 6, dkt dengan kawasan sekolah rendah.




Untuk Pedoman Semua Anak Anak kepada Ramli bin Yusuf dan Tom Bt Omar



Aku juga termasuk dalam golongan ini. Ya Allah , mudahkanlah hidupku , untuk aku memudahkan hidup org lain , terutamanya adik beradik ku.

Kemiskinan akan membawa kepada kekufuran dan sebaik baik zakat adalah kepada saudara terdekat.


Sunday, 24 April 2016

Keluarga ayah di Negeri Sembilan

Ayah mempunyai abang tiri di negeri sembilan. Datuk adalah orang yang merantau dari negeri sembilan dan berkahwin dengan orang di kedah. Ayah adalah anak kepada isteri kedua datuk . Ayah mempunyai abang tiri di kerangai , negeri sembilan . 

Ayah berhubung dengan abang tiri menggunakan surat , dan mereka bertemu di stesyen bas seremban negeri sembilan dalam keadaan menangis kerana masing masing tak pernah berjumpa dan menyangka masih ada orang yang mempunyai talian darah. 

Di kedah , ayah mempunyai dua adik beradik . Kakak ayah meninggal awal. Di Negeri Sembilan , abang tiri ayah , di kabarkan juga mempunyai 2 adik beradik. Cuma abang tiri sahaja yang masih ada.


Setahun telah berlalu

Hampir Setahun tidak menulis , ingatan kepada ayah dan rindu kepada emak dari seorang anak di perantauan semakin menebal. Ya Allah , kepada engkau lah tempat aku mengadu .

Mudahkanlah urusanku , keluargaku dan berilah aku peluang berbakti kepada ibuku dan juga menyatukan hati hati adik beradikku . InsyaAllah , keluarga besar pakli akan menjadi nyata.

Kenangan Mengenai Benda yang Ayah Suka

1. Ayam Jantan
Ada seekor ayam jantan yang sangat garang. Anak anak ayah pun di kejar .



2. Itik Angsa
Di kedah , kebiasaan nya di panggil , itik ang. Garang jgk . Amat sesuai di kampung. Ular takut nak masuk rumah.



3. Itik Nila
Itik nie terbang dan paruh dia sgt tajam.


4. Itik Jawa
Ini itik yang paling berdisiplin. Jalan ikut turutan.



5. Kambing Biri Biri
Kambing yg di pawah dari agensi kerajaan.



6. Kucing

Beberapa perkara menarik mengenai kucing peliharaan ayah.

a) Ada kucing ayah yang matanya bersinar sinar dan mempunyai kesitimewaan seperti mencakar cakar rumah , tikar dalam keadaan yang agak berlainan. Itu kadang kadang tanda nya ribut kuat. Pernah rumah ayah di angkat bumbung sampai ke sungai hadapan , ayah , emak dan abang sempat berlindung dalam bangsal.

b) Ada juga kucing yg melawan ular dan ada yang meninggal kena bisa ular.

c) Mempertahankan kawasan rumah dari kucing lain yang tidak di kenali.

d) Kucing yg ayah jumpa , dia tak akan memilih , akan di bawa ke rumah. Emak akan bising sebab kucing membuang di dalam dan jugak di luar perkarangan rumah.